Buaya paling Ceria.


(gambar curi)

Gambarajah nih gua jumpa kat laman nih http://www.mesra.net. Tapi wa masih ada cerita nak story kat you all semua. Buaya nih dulu asalnya dari seekor berudu gak, itu bermakna ianya adalah keturunan Hitler atau senang keturunan gua gak la bai. Melalui apa yang diceritakan oleh nenek gua yg seksi tu la, dia nih sebenarnya datuk kepada super moyang aku dulu. Satu2 nya keturunan gua yg berjaya mencapai umur paling panjang beb. Sebab tu dia bertukar menjadi buaya, mana ada lagi manusia yang boleh mencapai umur 3ratusan tahun selepas zaman firaun beb.

Nak dijadikan cerita la, datuk kepada super moyang nih sebenarnya tidak mengamalkan apa2 pun ilmu hitam seperti yang didakwa oleh orang ramai. Memang dah lumrah keluarga keturunan hitler macam tu. Kalau tak mati2 lagi bila mencecah atau melepasi angka 150 tahun keatasm maka mereka akan beransur ansur bertukar menjadi buaya secara perlahan lahan. Dulu gua nyer super moyang pun hampir2 jadi begitu, tapi dia bernasib baik sebab mati awal.

Datuk kepada super moyang gua nih dulu menetap di Austria, dan sememangnya seorang yang tampan dan perkasa selain dari digilai ramai wanita wanita yahudi dan nasrani disana.

Maka selepas kemangkatan bapa kepada super moyang gua barulah beliau beransur ansur menjadi buaya. Oleh kerana ketika itu super moyang gua baru aje ingin meneyertai Partai Nazi kire2 sekitar tahun 1920 la. Super moyang gua terus menyimpan dan terpaksa mengurung beliau didalam sebuah bilik mewah yang dilengkapi dengan bermacam macam kemudahan seperti dvd, aircond dan berbagai lagi. Kebanyakan musuh2 kepada super moyang gua plak menganggap yang super moyang gua membela syaitan, itu adalah tanggapan2 negetif yang cuba diterbitkan musuh2 dari negara2 barat terhadap super moyang gua nih.

Namun itu tidak langsung memberikan kesan terhadap moyang gua yang sentiasa chill je.

Setelah kekalahan Nazi dan berita kematian tentang Adolf Hitler, super moyang gua terus lari bersama datuknya yang sudah 100% menjadi buaya itu. Super moyang gua menyusuri parit2 kecil disekitar bandar2 eropah dan terus melepasi sempadan negara Poland untuk ke Belarus. Oleh kerana cuaca yang terlalu sejuk disana. Super moyang gua dan datuknya mengambil penerbangan terus ke Libya untuk bertemu dengan seorang rakannya disana.

Selepas semalaman di Libya, mereka bertolak menyusuri pantai Mediterranean menghala ke Jordan. Setibanya di Oman dan setelah lama berbincang bersama datuknya, Super muyang gua pun bersetuju untuk menunggang datuknya terus ke tanah melayu. Dan datuknya juga adalah buaya air masin pertama yang ditemui.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan